CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kisah hidupku

            Rindunya, sebab dah lama aku tak  update blog aku nie... maap ye kawan semua.... Bukan aku malas nak update, tapi status aku sebagai full student.. Jadi masa aku untuk update blog ini agak terhad.... hehehehe...... Sekarang aku sudah masuk semester yang kelima.. masih jauh lagi perjalanan hidup aku ni... hihihi :) Rindunya dekat mak, abah, kakak, adik,abang, kakak ipar dan anak buah aku yang temok.... hehehe....


            Sekarang ni aku sudah ketemu sama roomate aku.... <3  Aku tertanya-tanya... Bila aku dah habis belajar nanti, adakah persahabatan kamu akan makin kukuh.. makin erat.....? Yelah, kawan sekolah rendah dan sekolah menengah pun lama dah aku tak jumpe..... Umur aku pun dah makin meningkat... kiranya makin tua lar.. Rasanya baru semalam form 5... hehehe.. suka perasaan muda :p


           Bercinta? perlu ke manusia bercinta? kenapa mesti kita bercinta? kalau tak bercinta adakah kita ni dikatakan ketinggalan? betul ke bercinta ni haram?  Jangan tanya aku..... ni semua tanya kat yang pakar Agama macam Ustaz Azhar Idrus ke.... Ustaz Don ke....... tapi jangan tanya pulak kat ayah pin... conform memang sesat tak jumpa jalan lurus kang.... Bagi aku, lebih baik terus akad nikah dan kahwin daripada bercinta.... Bukan apa, takut nanti bercinta sikit-sikit terpegang tangan lar..... terlanggar bahu lar... pendek kata, semuanya terrrrrrrrrr............ hiihihhihihihih :)


          Yang penting dari sekarang nie, kita kena berdoa semoga kita ni dapat jumpa insan yang boleh membimbing kita ke Jalan Allah..... Selalunya bila kita ni lambat dapat jodoh, mesti jiran-jiran... member-member... boleh kata satu kampung tanya, "anak kau ni bila nak kawen?" tak pun diaorang akan cakap "nak tak kenal dengan orang ni... orang tuttttt"   Sebenarnya jodoh ni Allah dah tentukan. Memang la kita sebagai manusia kena mencari....Tapi law ada jodoh, esok lusa tentu akan berjumpa dengan someone juga.. Betulkan :D   kladang-kadang orang yang lambat dapat jodoh ni, rasa rimas dengan pertanyaan tu.....

        Apa yang aku tulis ni, takde kaitan dengan aku pon... Tapi saja-saja nak sharing cerita.... Orang kata 'sharing is caring'.... 'Caring is loving'............ :)






Big BaNg




                  kpop? mengikut kefahaman aku kpop bermaksud korean pop.. Rata-rata penduduk di Malaysia meminati kpop... hihihhi.... Aku pon apa kurangnye.. suka suki gak layan kpop.. Tapi x mao trlalu fanatik sangat.. Nanty takot melalaikan kerja aku pulak.. hohoho.. Ni kalau cikgu BM aku tengok karangan aku ni mesty dia marah... hancur bahasa katanye.... hehe.. maap la cikgu... Bahasa Melayu pon sy x dapat A lar.. tu yang bahasa hampeh nie... Adoiyai...

 Okeyh lar..kte stop cite pasal cikgu. Sekarang ni aku nak cite pasal artis korea yang aku minat iaitu BIG BANG.


Aku suka tengok gaya dyeorg.. Smart kan.. Sape yang stuje angkat tangan!! x de sape nak angkat tangan kew... 

              Meyh kite layan gambar Big bang..



















Terdiri daripada G-Dragon, Seung ri, Tae yang, Dae sung dan Top.
Lagu diaorang pon best...Aku paling suka lagu Blue, tonight, Fantastic baby, bad boy.. boleh katakan semua lagu diaorang memang best... 





GD nampak cute bile buat mulut camtu... hihihi....


 GD juga digelar ikon fesyen... :)  
wah rambut GD memang unik!! patot lar :O
Vokal GD pon memang mantap!! 









Memang tak rugi kalau korang beli cd BIG BANG... Serious ni :)





 Daesung ni memang comel dan suka tersenyum... 
Patutlah digelar SMILE ANGEL :D   like me :P olllsss
Suara Daesung memang lembut dan Besh dgar dia menyanyi...








 Seung Ri ni memang tak boleh dinafikan yang dia ni memang hensem..
Selain itu dia ni memiliki pakej muka yang baik ^_^
SUara SEUNG RI ni pon lembut... Dan dia ni merupakan MAKNAE (yg plg muda) dalam BIGBANG





 Anggota BigBAng ni semuanya memiliki pakej yang lengkap dan menarik.. Mereka ni mempunya suara yang berbeza... Pakaian mereka juga smart... Dan mereka memiliki aura pentas yang sangat hebat.. Seriously aku ni dulu bukan minat sangat dengan anggota BigBang... Tapi selepas adik aku, dia dok pasang video BIGBANG.... Seriously... ak dh jatuh cinta n kumpulan ini...  With <3










 TOP ni memang hensem dan smart.. Aku paling suka dengan penampilan dia.... Selain itu, vokal dia yang paling berbeza dengan anggota yang lain... Dia mempunyai suara yang agak besar... dan suara dia memang BESH!! :)









TAEYANG ni memang pandai menari.... 
Smart je tengok dia menari <3
Vokal dia, tak payah cakap lah.. memang terus jatuh cinta dengar suara dia.. hihihi :p

AKHIRNYA......

Alhamdulilah.... Akhirnya aku lulus juga ujian jpj.... Fuh!! Sekarang ni aku boleh tidur lena, mandi pon dah basah dan makan pon kenyang... huhuhu

Meh aku kongsi dekat korang satu tip:


1. BUKIT 



Mesti korang rasa frust menonggeng bila gagal dekat bukit kan? betul tak? Aku pun pernah alami benda macam tu juga.. Serius aku cakap, bukan sekali gagal dekat bukit, dah banyak kali ler... Okey lar, aku tak mau cakap banyak. Aku juz nak share dengan y'all tentang tip-tip bila dekat bukit.



Mula-mula sekali kereta tu, mesti pijak garisan kuning. Camne nak taw kereta tu pijak garisan kuning atau tidak ialah, cermin sisi kereta mesti sama dengan tiang penanda. Lepas dah sama, free gear dan tarik handbreak (bagi orang yang tidak berapa kuat macam aku ni, tarik handbreak dengan dua belah tangan) Pastu baru angkat kaki yg pijak clutch dan angkat kaki yang pijak break kaki tu pelahan-plahan. Angkat satu-satu kaki taw. Jangan angkat dua-dua kaki terus pulak. Yang penting tengok tayar kereta dulu. Kalau sudah puas hati baru angkat tangan. Bila JPJ suruh jalan.





 1. Masukkan gear 1.

2. Kaki kanan tekan minyak dan tahan. ( yang penting jangan   tengok meter , sebab kebanyakkan meter kereta rosak. )

3. Kaki kiri pula angkat clutch plahan-lahan.. Dengar bunyi macam nak jatuh tu, ataupun rasa macam nak bergerak, pastu

4. Baru Tambah minyak dan turunkan handbreak.

Insyaallah boleh lulus.



2. Parking

Kebanyakkan orang tiada masalah dengan parking kan... Tapi bagi yang x taw tu, meh aku kongsi

1. Lepas korang dah luruskan kereta tu, Masukkan GEAR REVERSE dan samakan cermin sisi belah kiri dengan tiang penanda then stop.



2. Bila dah sama, pusing stering ke kiri sampai habis... Gear REVERSE lg time tu, dah biar dia reverse sampai nampak sudut parking kat cermin belah kanan.








3. Bila sudah nampak sudut, berhenti.Pusing stering ke kanan sampai habis. dan gear REVERSE lagi time tu. dan angkat clutch. Biar kereta tu masuk dalm parking.

4. pastu pusing tayar bagi lurus. Free gear dan tarik handbreak. Sudah puas hati, angkat tangan. Tunggu JPJ bg arahan suruh jalan, baru jalan. 






3. TIGA PENJURU


1. Pastikan bahu sama dengan titik penanda. bila sudah sama berhenti dan pusing stering ke kanan sebanyak 1 kali.









2. biarkan kereta masuk. Pastu bila nampak tiang penanda sama dengan bahu, pusing ke  kanan sampai habis. dah lurus berhenti. Tapi kalau senget pon tak ape. 








3. Pusing kiri sampai habis dan masukkan gear reverse. Dan berundur... Bila sudah lurus berhenti. Pusing tayar belah kanan sebanyak 2x. Dan masukkan gaer 1. ( Tapi kalau korang keluar kereta senget pon x ape. janji x langar apa-apa di bahu jalan.) Lepas tu keluarkan kereta dari tempat 3 penjuru. Tapi ingat, jangan lebih 3 kali pergerakan taw!


JPJ AgAIn?

     Masih ingat lagi tak dulu aku ada cerita yang aku akan buat ulangan JPJ... NAk start dari mana ni ye... Aku nak cerita pun malu nie... yelah gagal kat bukit tapi lulus kat jalan raya.

     Sudah 2 kali aku gagal kat bukit.. Aku belum pernah sampai kat parking dan 3 penjuru... Kadang-kadang aku terfikir apa kesilapan aku sampai 2 kali gagal kat bukit..... 

      Time hendak naik bukit tu, aku periksa handbreak aku... okey... handbreak ni sekali sentap dan nak turun pon okey.. x ketat macam mula2 aku test tu.. aku pon tengok lah meter... aik belum bawa kereta lagi, meter dah tunjuk arah 2.. Biar betik....

"gulpp"!!...... tertelan air liur kat situ...

       Bukan cikgu M tak pernah ajar, kalau meter rosak tak payah tengok meter.. Tapi after cikgu M tu, next week aku dapat cikgu lain.. Jadi cara cikgu   M tu aku dh x pakai.. Dan makin lama aku makin lupa + takot nak try bt cara cikgu M tu.. 

       Lupa pula nak bagitaw kat korang. Yang second ulangan ni.. Aku dapat kereta cikgu M... Padan muka ko nadiah.. Sape suruh ko tak try cara dia... 

       Macam biasa la, kereta dh pijak garisan kuning.. dan bila nak jalan, kereta ke belakang... Masa tu aku memang sedih sangat dan semangat ku memang down sangat... Lepas dh FAIL kat situ, aku     tunggu nama aku dipanggil untuk test jalan raya...

          Yang aku paling hepi sangat, aku dapat JPJ yang baik.. Maybe ad hikmah di sebalik kegagalan aku kot.. Thanks encik JPJ.. (:  suka sangat sebab sudah lulus jalan raya... KAka aku pon lulus Jalan Raya... Tinggal aku sorang kena buat ulangan JPJ...

"adehh...."  masa daftar tu, aku tempah JPJ ari jumaat ni tok bt ulangan kat bukit.. Duit Rm 100 melayang lagi.... Nasib ko lar labu..

        Dan yang pasti, aku tak nak terbawa perasaan sedih jumaat ni.. Aku dilahirkan untuk berjaya, bukan untuk mengalami kegagalan. Aku pasti boleh.. Aku tak kira, jumaat ni aku nak tekan minyak kuat2.... Kalau orang lain boleh, aku pasti boleh!!Yesss!!! 
KFC


Korang dah try KFC yang terbaru ni? ... Aku teringin sangat nak makan... perghhh.. mesti sedap... Korang tengok la ketulan daging ayam tu.... macam ranggup kan?.. ditambah dengan cheese dan mayonis... memang nampak macam sedap... Korang try la buka dia punya laman kat sini KFC

JPJ

"Huuuuuuhhhhh........"

Sebut je JPJ, aku rasa macam nak mengeluh panjang... Pasal JPJ la aku tidur tak lena... Mandi tak basah... Semuanya gara-gara JPJ...hahahaha... 

Pada hari Selasa bersamaan dengan 2/10/2012 aku buat test JPJ.... Test dia ada dua bahagian.. 1 dekat dalam litar dan 1 lagi kat jalan raya. Aku dengan bangganya nak bagitau yang aku gagal dua-dua bahagian.

Meh dengar aku nak story mory sikit ni... 

Aku duduk kat satu bangku sambil tunggu orang JPJ datang.. Dalam pukul 9 pagi, dyeorang datang dengan penuh megahnya. Masa tu, aku pergi test JPJ dengan kakak aku... ( dua orang adik beradik yang tak pandai bawak kereta... Dah tua baru terhegeh-hegeh nak ambik lesen   hihihi )

Ada sorang JPJ perempuan tu memang kerek giler...  Jalan dengan penuh bangga dan muka dia perghhh sombong giler... Ahhh lantak la dia, lagi pon dia bukan heroin dalam cerita ni.. Aku ni watak utama ok dalam cerita ini... p/s- dh mula mengarut...hehe


Lepas dah daftar nama dekat JPJ tu, aku tunggu lar dekat bangku ikut nombor giliran... Sedang duduk tunggu tu, ada orang BANGLA ni kena marah dengan JPJ sebab dia panggil JPJ tu abang.... Orang JPJ tu mula lah jadi TOK BEL... membebel la... 

Arghh.. malas aku nak tengok dye bebel,  baik aku tengok orang lain test kat Bukit.. Ramai gak yang terkandas... Aku dah mula cuak..... Lepas to, Cikgu laki panggil aku naik kereta. 

Kakak aku dah suruh aku istighfar banyak-banyak... Aku tarik nafas dalam-dalam, pasto aku istighfar... Then, aku masukkan gear 1 dan tarik handbreak..Lepaskan clutch sikit-sikit dan tekan minyak... 

"Fuuuhhhhh!!"

Nasib baik berhenti tepat-tepat garisan kuning. Cermin sisi sama dengan tiang penanda...Aku pun angkat tangan... JPJ lelaki yang jaga dekat situ suruh aku sebut nombor.. Lepas aku dah sebut nombor, dia suruh aku jalan...Ni atas bukit okeyh... Aku mula guna step biasa yang Cikgu ajar.

Masuk gear 1. Tekan minyak sampai meter tunjuk nombor 3.. angkat Clutch pelahan-pelahan... Bila kereta dah mula nak ke depan .. Then tambah minyak pasto turun handbreak... 

OMG!!!!! 

Aku memang bengang... Time ni pula handbreak tersangkut... Aku terpaksa pakai 2 tangan nak turunkan handbreak. Tapi malangnya minyak dan clutch aku dah terabur.. dan kereta aku mengundur ke belakang.... 

Phiiiittttttt!!   bunyi wisel JPJ.. 

"Hurmmmmm.."

Aku dah gagal kat litar.. Time tu, aku sedih dan kecewa sangat.. Memang frust menonggeng lar.!! Aku cuma boleh berdoa semoga kakak aku lulus.... Yea.. Kakak aku dah lulus dekat litar... Time tu, aku memang rasa mcam nak menangis.. Kteorg dh jnji, yang kteorg msty sama-sama lulus.. Tapi.. aku.... hurmmmm.... Kakak aku usap belakang aku.. Suruh aku sabar....

Sekali lagi nombor aku di panggil.Laki JPJ tu suruh aku bawa kereta nombor 33.. Masa aku masuk dalam kereta tu, aku pandang la JPJ tu.. Orangnya lelaki.. berbadan besar.. tak tua dan tak muda.. dalam pengiraan aku mungkin dalm 35 tahun kot.. dan dia ada misai... Gulpp... telan air liur aku mase tu... Mak aii.. Garangnya..

Aku pon buat lah 5 pekara sebelum nak bergerak.. betul kerusi,cermin, pakai seat belt, free gear dan check signal. Aku pun tanya la kat JPJ tu..

"Encik, dah boleh gerak ke?"

Dia pon angguk... Aku pon bawa la kereta tu... Then aku tanya lagi

"Encik, nak pergi jalan mana?" kata aku

"Jalan dua!" jawabnye

Bila aku bawa kereta tu keluar dari Akademi pergi ke jalan raya.. Mak aii... Banyaknye kereta.. selalu aku belajar hari minggu, x banyak macam ni pon.

Aku pon bawa lah dia ke jalan dua.. Time nak dekat balik kat Akademi tu.. Ada banyak kereta kat depan..Kiranya nak JEM la.. aku pon ambik langkah berjaga-jaga.. Tekan break sikit-sikit... Tibe-tibe laki JPJ tu suh bg signal ke kiri dan berhenti.. Korang tau kan apa maksudnya, suh berhenti. Itu maksudnya dah gagal!

JPJ tu pun marah aku.. dia kata depan tu kosong lagi yang ko nak break kenapa? x silap aku depan memang kosong.. Jarak dia pula 12 meter.. Aku jist ambik langkah berjaga-jaga je... tapi aku x jawab lar.. aku diam je.. tadah telinga..

JPJ tu cakap lagi, kereta iswara kat belakang tu dekat.. kalau ko dok break-break.. Dia boleh rempuh ko!... Isyyhhhhh!! dah pergi tukar tempat. 

Aku pon tukar lar tempat duduk... dalam hati aku memang rasa nak marah.. Hei, yang aku tau, kalau kereta belakang nak dekat.. Kita perlahankan.. Biar dia pon perlahan.. 

Lagi 1, JPJ ko x payah lah nak marah dan perli-perli aku.. Aku datang nipon bukan free taw.. berbayar okey! kalau ko nak gagal kan aku, ko cakap lah baik-baik... Ko buat aku ni macam budak sekolah rendah.. Dah memang tugas ko sebagai JPJ.. Law macm ni lah.. Baik ko berhenti jadi JPJ... 

Yang aku geram sangat, lagi sikit je aku nak sampai Akademi. Time tu lah dia nak gagalkan aku. Kalau tau awal-awal, baik suruh dia bawa.. 

Bila dh sampai akademi tu.. Dia bagi aku kertas gagal.. aku pon ambik dan ucap terima kasih!.. At least, aku pon tau adab.... 

Tapi yang aku nak komplen ni pasal JPJ... yelah. Kita ni negara MALAYSIa... Ada adab dan sopannye.. JPJ tu pula semuanya bangsa melayu.. Tapi kenapa lah diaorang ni sombong sangat.. Yang aku rasa JPJ baik pon kat bukit.. Mungkin sebab dia dah berusia.


Kakak aku pon gagal kat jalan raya. Sebab kereta nombor 36 tu, asyik mati enjin.. Kalau nak lulus JPJ juga depend on kereta juga...... 

selasa depan bersamaan dengan 9/10/2012.. aku buat ulangan... Aku pon x taw yang aku ni boleh lulus ke tak...Tapi kalau gagal juga.. Aku x akan ulang balik dalam masa terdekat... Bukan ape, duit dh hbis... Jadi aku harap yang aku dan kakak aku akan lulus JPJ.... dan aku hanya mampu berdoa semoga aku dan kakak aku dapat JPJ yang lembut hatinya..... 





KARTUN




disebabkan aku terlampau bosan maka tercetus lah satu idea untuk melukis kartun seprti yang korang nampak di bawah ini.... 

*Ayat bahasa melayu pun hampeh....



gossipmulut.blogspot.com

gossipmulut.blogspot.com

gossipmulut.blogspot.com

gossipmulut.blogspot.com

gossipmulut.blogspot.com

gossipmulut.blogspot.com

gossipmulut.blogspot.com

bosan

dah bosan sangat, game BUDAK2 pon jadi lar.. haha


                                          hehe   :p
     thank to kids game  .....

bowling?

hari ini aku nak cerita pasal bowling... hahaha.. aku ni bukan seorang yang pakar main bowling.. sikit2 boleh larh... hehe.. boleh kew?ntah lar.. jnji aku bahagia..
 aku tunggu member aku men bowling.. mula2 zue( mak aii.. terernye ko main...hebat!!) .. pasto  cha (minah ni pon boleh tahan hebatnye..) ... then fad ( yg ni x payah cite lar.. mmg juara bowling ni).... pas tu baru aku.... aku apa lagi tunjuk skill la skit..... hiihi
hah.. ambek ko... aku men campak je bowling tu... tapi masok longkang... rasa frust je..

pasto kali kedua aku dapat sokongan padu dari
peminat ku (kawan) perasan la aku nie.. hihi..
aku pon semangat la baling bola bowling.

last2 x dpt strike..masok longkang adalah.
Tadi kemain ko berlagak.. ni padan muka kat aku..haha

ni la resultnye... aku lah yg paling handal sekali.. keh3
paling tercorot adalah..

Best in the world

hari ini aku nak cerita pasal rancangan BEST IN THE WORLD. aku ni memang minat sangat dengan rancangan tu termasuk lah dengan pengacara tu (opps)..heheh..... korang jangan pikir bukan2 ek.. maksud aku ialah cara pengacara tu mengendalikan rancangan tu.... seronok
tengok cara dia makan..cara dia sampaikan rasa makanan tu... memang TERBAIK!!!
 yang atas tu lah pengacara rancangan best in the world...

ni ada beberapa keping gambar yang dapat aku kongsikan dengan korang.. aku tengok pon dah macam meleleh air liur... huhuhu...nah tengok lar

siap angkat jari tunjuk tanda best..



sedapnye.. aku tengok pon terliur..




minum sat..asyik makan je

ni lah burger bakar yang orang do sebut tu.. 
kalau aku makan sorang ni boleh kenyang untuk 3 hari kot.





mana satu aku nak makan dulu..
agaknya ayat tu yg bermain d fikiran razif kot.

satay... sedapnye...

OMG sedapnye (;


ha macam mana? best kan.. huhu.. korang jangan lupa tengok
 rancangan ini setiap hari RABU....... Pukul 9.30 MLM...... only on 8TV.
ni laman web blog dye.. korang leh try tgok. BEST IN THE WORLD .